Mamak Talk
Owner Review: Would pick the Subaru BRZ over the Toyota 86 anytime! My story of my Subaru BRZ
323
Menurut media Jepun, Subaru Forester facelift 2021 bakal membuat debut di Jepun dengan gaya dan ciri yang diperbaharui.
Menariknya, risalah buat Forester facelift telahpun tular yang mana ia menunjukkan wajah hadapannya.
Sekilas pandang, ia memperlihatkan unsur yang ada pada Subaru Levorg serba baru. Forester facelift dikatakan bakal hadir dengan lampu LED baru, roda aloi yang berlainan, dan beberapa pilihan warna yang lebih terkini.
Selain itu, Forester akan tampil dengan sistem bantuan keselamatan ADAS EyeSight yang dinaik taraf. Kamera yang diguna kali ini dikatakan berfungsi dengan sudut yang lebih luas.
Apapun, sistem ADAS ini tidak dilengkapkan dengan ciri bantuan hands-off traffic jam seperti yang ada pada Subaru Levorg.
Dari segi trenkuasa, Forester facelift dijangka kekal dengan enjin 2.0L aspirasi natural, hibrid sederhana e-Boxer, dan juga enjin 1.8L turbo.
Untuk perkembangan lanjut, teruskan setia bersama kami.
Juga baca: Rebiu: Subaru Forester 2.0i-S ES, kualiti yang sukar digambarkan?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
15