Bagi menggalakkan orang ramai membayar kompaun saman trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Pembayaran Saman Dalam Talian hari ini dimana pengurangan kompaun saman trafik akan ditawarkan bermula dari 18 Jun sehingga 18 Julai 2021.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Dato’ Azisman bin Alias, berkata tawaran diskaun sehingga 50 peratus ini ditawarkan bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.
Namun, tawaran ini tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat, dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.
PDRM menggesa orang ramai untuk berdaftar melalui portal rasmi PDRM atau melalui pautan https://mybayarsaman@rmp.gov.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei Gallery dimana ia telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat serta entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan membuat bayaran melalui aplikasi tersebut.
Perlu diingatkan semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan ibu pejabat polis daerah akan ditutup sepanjang tempoh kempen ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}