Proton
Owner Review: Handles the flooded roads & hilly mountains of SABAH perfectly - My 2020 Proton X50 Flagship
326
Setelah berdekad lamanya warga Sabah menantikan jaringan jalan raya berturap yang pastinya boleh menaikkan taraf ekonomi penduduk, ia sudah jadi seperti menunggu kucing bertanduk.
Begitulah hakikatnya bagi penduduk di Kampung Pangi di daerah Semporna, Sabah sehinggakan mereka terpaksa mencari jalan untuk menghubungkan perkampungan mereka dengan pekan Tenom yang terletak kira-kira 8 km jauhnya.
Bagaimana ia berfungsi? Motosikal kapcai diubahsuai untuk meluncur di landasan keretapi supaya ia boleh menolak troli rakit diperbuat daripada papan kayu. Troli ini, yang dahulunya ditolak secara manual, disambung pada badan motosikal dengan rangka besi yang dikimpal sendiri oleh penduduk kampung.
Menurut laporan Free Malaysia Today, bekas Ketua Kampung Pangi Udin Bakiwoh berkata troli-troli ini mula digunakan apabila keretapi dari Tenom menghentikan operasinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Beliau berkata mereka sedar penggunaan troli motosikal ini salah di sisi undang-undang, namun mereka terdesak kerana jalan raya ke pekan tidak dibina.
Apakah alasan yang diberikan kepada mereka tentang isu ketiadaan jalan raya ini? Udin memberitahu FMT yang suatu ketika dahulu, seorang wakil rakyat pernah memberitahunya pembinaan jalan raya tidak sesuai dijalankan di sana kerana ia akan menjejaskan produk pelancongan popular di Kampung Pangi; iaitu aktiviti ‘white water rafting’ di Sungai Padas. Pelancong sering menaiki keretapi ke Pangi untuk memulakan aktiviti sukan ekstrem ini.
Beliau nyata kesal dengan alasan yang diterima kerana ia seolah-olah mementingkan pelancong lebih lagi daripada penduduk atau rakyat negeri itu sendiri. Keretapi adalah satu-satunya pilihan pengangkutan yang ada untuk mereka kerana tiada jalan raya yang sesuai untuk kenderaan lain masuk. PKP semakin merumitkan keadaan kerana keretapi tidak beroperasi.
“Syukur kami ada motosikal troli ini. Sekurang-kurangnya kami ada kenderaan untuk pergi ke Tenom bagi membeli barang keperluan dan menghantar hasil kebun seperti pisang dan getah,” katanya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
997 GT2 RS Only three has landed in Malaysia. This particular unit made a surprise appearance at Teas and Tires V5 back in March. The GT2 RS had made its debut in 2007 at Frankfurt Motor Show. Even by today's standards, this 612bhp beast is still relatively fast, requires only 3.6 seconds to hit 100km/h from standstill and reach 328km/h. Hence, making it the third Porsche roadcar to hit the 200mph (322km/h) barrier.
15
50
8