Proton
Owner Review: “Alternative to Mitsubishi Lancer”- 2002 Proton Wira 1.3 GLi Aeroback
327
Mitsubishi kini selangkah ke masa hadapan dengan pengenalan Mitsubishi Airtrek secara rasmi. Model SUV elektrik terbaharu dari Mitsubishi ini menggunakan nama Airtrek tetapi telah diperbaharui sepenuhnya berbanding Airtrek Turbo yang kita kenali.
Mitsubishi Airtrek adalah produk usaha sama GAC-Mitsubishi Motors. Secara asasnya, ia adalah model GAC Aion V yang dikemaskini daripada platform yang sama. GAC adalah syarikat di belakang model sepertu Trumpchi GS3 dan GS3 Power yang pernah diintip beberapa kali di Malaysia.
Model ini adalah SUV EV terkecil syarikat tiga berlian setakat ini, dan ia mengenakan penampilan yang tidak asing lagi iaitu fasia depan Dynamic Shield. Ia memberi rekaan hadapan yang sama dengan model Mitsubishi terbaru seperti Mitsubishi Triton dan Mitsubishi Outlander 2022.
Pada bahagian belakang, ia masih mengekalkan bentuk GAC Aion V tetapi dengan kemaskini lampu belakang yang kelihatan mengalir dan tona hitam pada tiang-C yang lebih kemas. Nampaknya input rekaan dari Mitsubishi masih nampak menarik walaupun model asas diambil dari SUV lain.
Seperti mana kabin dalaman kereta elektrik (EV) lain, Mitsubishi Airtrek juga menampilkan tema yang sama. 2 skrin besar - satu sebagai kluster instrumen digital dan satu lagi sebagai sistem infotainment skrin sentuh - menguasai bahagian dalam tanpa kelihatan butang fizikal yang jelas.
Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, Mitsubishi Airtrek berkemungkinan besar berkongsi spesifikasi dengan GAC Aion V. Ia adalah motor elektrik 182 PS, 350 Nm, dengan jarak tempuh sekitar 400 hingga 600 km mengikut ujian kitaran NEDC.
Teknologi pada model Mitsubishi Airtrek ini mungkin akan diterjemahkan kepada kenderaan serantau yang lain. Hal ini kerana model Mitsubishi Airtrek ini eksklusif untuk pasaran China. Untuk pasaran rantau ASEAN, tentunya model Mitsubishi Xpander hibrid dan Outlander hibrid adalah 2 modek yang sangat dinanti-nantikan!
Bacaan Lanjut:
Mitsubishi Outlander PHEV 2022 lalui ujian lasak, model Ralliart bakal kembali!
Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan?
SAH! Mitsubishi Xpander 2023 generasi seterusnya akan dapat trenkuasa hibrid
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11