Mamak Talk
[WapCar Community Event] Show Me Your Ride
89
Moratorium pinjaman selama enam bulan dalam pakej bantuan Pemulih yang diumumkan Kerajaan semalam bukannya bebas faedah, namun hanya dikecualikan daripada faedah berganda serta caj penalti/denda lewat bayar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata Kerajaan telah membangkitkan isu faedah berganda dan penalti lewat bayar dengan pihak bank dalam satu perbincangan, dan pihak bank telahpun bersetuju. Oleh itu, kadar faedah asal sebelum moratorium (penangguhan bayaran 6 bulan) dilaksanakan sepatutnya kekal mengikut perjanjian pinjaman dengan bank masing-masing.
“Laporkan dan buat aduan jika bank mengenakan faedah berganda dan mengenakan caj penalti (keatas moratorium),” tegas beliau.
Beliau menasihati para peminjam untuk mendapatkan maklumat terus daripada bank masing-masing berkenaan kaedah bayaran balik jika mereka ingin memohon moratorium tersebut.
“Setiap bank mempunyai skim-skim tersendiri dan anda sebagai peminjam perlu berbincang tentang perkara ini dengan bank masing-masing. Kami telah menasihati bank untuk teruskan kelulusan automatik kepada peminjam yang terjejas, termasuklah mereka yang tergolong dalam kategori B40, M40, dan T20,” katanya.
Baca juga: Subsidi bahan api RM 6 bilion, 6 bulan lanjutan moratorium – bantuan Pemulih
Menurut Tengku Zafrul, perbincangan beliau dengan pihak bank mendapati bank juga terkesan, namun beliau berpendapat yang moratorium ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam kesusahan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Honda
SAMBUNG BAYAR BERDEPOSIT MITSHUBISHI LANCER GT 2.0 MIVEC AUTO FULLSPEC TAHUN 2009 BULANAN RM850 *BAKI LOAN 3 TAHUN SAHAJA.* CIMB BANK ROADTAX MEI 2021. START BAYAR 30hb. OWNER MELAYU. MILEAGE 88K. PADLESHIFT. BODYKIT EVO X LEATHER SEAT REVERSE CAMERA. RIM 18 BARU SERVIS TIP TOP CONDITION. LOKASI CHERAS KL. *DEPOSIT RM21,000*
3
13
7