PKP berpanjangan jejas jualan. UMW Toyota Motor harap kelonggaran segera, patuh SOP ketat

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak 1 Jun 2021, banyak operasi sektor perniagaan perlu ditutup. Hal ini juga telah memberi kesan kepada sektor automotif, mengakibatkan jualan kenderaan baru seluruh industri merudum bagi bulan Jun.

Mengulas situasi berkenaan, Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), Ravindran K. berkata, penutupan berterusan semua bilik pameran Toyota dan Lexus di seluruh negara bermakna tiada perniagaan yang boleh dilakukan.

Dalam masa sama, pengeluaran kenderaan termasuk usaha rantaian bekalan serta logistik juga perlu dihentikan sementara. Walaupun menerima langkah kerajaan itu adalah untuk kebaikan negara, namun ia hadir dengan cabaran tersendiri buat syarikat.

"Kami masih mempunyai himpunan tempahan yang menggalakkan untuk pelbagai model. Walaupun begitu, kami berharap agar larangan pergerakan dapat dilonggarkan untuk membolehkan kami beroperasi dalam kapasiti terhad dan selamat. Kami selalu mematuhi semua SOP yang ditetapkan, seperti yang telah ditunjukkan tahun lalu," ujarnya.

Dengan bilik pameran kekal ditutup, pelanggan masih boleh mendapatkan perincian berkaitan model-model Toyota dan Lexus melalui laman web masing-masing toyota.com.my dan lexus.com.my. Mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang model-model yang ditawarkan di Malaysia serta pelan pembiayaan menarik bagi keperluan berbeza. Tempahan juga boleh dilakukan secara dalam talian.

Toyota Vios GR Sport. Review di sini

Ravindran K. mengingatkan pelanggan berkaitan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah dilanjutkan hingga penghujung 2021 ini. Ia melibatkan kedua-dua model import dan pemasangan tempatan bagi Toyota dan Lexus, memberikan penjimatan yang menguntungkan buat pelanggan.

Toyota Yaris

"Kami galakkan pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian kerana itu membolehkan kami merancang pengeluaran di dua kilang pemasangan untuk mengurangkan tempoh menunggu sebaik sahaja larangan pergerakan ini ditamatkan, untuk membolehkan pelanggan memanfaatkan insentif kewangan yang ada ketika ini," tambah beliau.

Sokongan lepas jualan terpilih masih tersedia

Beberapa pusat servis UMW Toyota Motor terpilih terus beroperasi mengikut peraturan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, bertujuan untuk memastikan pemilik kenderaan boleh mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan. \

Bantuan 24/7 juga tersedia dan boleh didapati dengan menghubungi masing-masing di talian 1-800-888-247 (Toyota) dan 1800-225- 3987 (Lexus).

"Di seluruh negara, pelanggan masih boleh mendapatkan bantuan kecemasan dan khidmat lepas jualan terpilih untuk kenderaan mereka," jelas Ravindran K. Dengan menasihati pelanggan agar menghubungi pusat servis terlebih dahulu untuk membuat temujanji, beliau meyakinkan pelanggan sebaik sahaja mereka tiba di premis, semua langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat.

Kesan larangan berterusan

Toyota Innova. Review di sini

"Walaupun kerajaan telah merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke dalam empat fasa, kita ketika ini masih lagi dalam Fasa 1, dengan larangan yang paling ketat. Keadaan semasa juga tidak membolehkan perancangan pemulihan berjalan mudah," jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Kilang Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam menghasilkan Yaris dan Vios

"Tambahan pula, perniagaan eksport turut akan terkesan memandangkan anak syarikat kami terlibat mengeksport dalam jumlah yang besar komponen automotif sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global Toyota.

Jika situasi ini berlarutan, kami khuatir pelanggan kami di negara luar yang terlibat akan mencari pembekal lain, memandangkan mereka tidak boleh menangguhkan pengeluaran hanya kerana gangguan bekalan dari Malaysia. Ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara disebabkan keseluruhan perniagaan eksport menurun," tambahnya.

Toyota Corolla Cross - bolehkah varian hibrid tiba di Malaysia tak lama lagi?

Sementara itu, syarikat yang pada awal bulan ini telah mengumumkan pelaburan tambahan untuk memperluaskan lagi usaha ke arah neutraliti karbon melalui pengeluaran kenderaan elektrik hibrid, turut memberi isyarat bahawa dengan larangan yang berpanjangan terhadap kilangnya akan turut memberi kesan kepada rancangan berkenaan.

Baca juga: Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD

Festival Toyota Gazoo Racing

Tahun ini meyaksikan penganjuran acara Festival Toyota Gazoo Racing (TGR Festival) memasuki tahun keempat berturut-turut. Acara berkenaan semakin popular dan skala penganjurannya semakin berkembang setiap tahun, dengan tarikan utamanya ialah perlumbaan Vios Challenge yang merupakan satu-satunya perlumbaan one-make race di Malaysia.

"Agak kurang bernasib baik, situasi pandemik dan PKP ketika ini tidak membolehkan penganjuran acara umum secara terbuka. Ini termasuklah sukan permotoran. Jadi, disebabkan itu musim keempat Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Vios Challenge terpaksa ditangguhkan.

Dipandu Akio Takeyama

"Ketika kami menganjurkan pusingan pertama yang mengujakan pada 2 Mac lalu di Litar Sepang, kami tidak sabar untuk membawakan pula pusingan kedua serta pengenalan Gazoo Racing Vios Sprint Cup dan Gazoo Racing Enduro Cup," jelas Takeyama, yang merupakan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia.

"Mari kita sama-sama memainkan peranan masing-masing dan berdoa agar angka kes Covid-19 menurun segera, untuk membolehkan kerajaan memberi kelonggaran bagi penganjuran acara umum secepatnya," tambahnya lagi.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Berita Terkait

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Alza

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Perbincangan Trending

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model