Perodua melanjutkan waktu operasi buat sementara waktu bagi beberapa pusat servis dan hab Badan & Cat (Body & Paint/B&P) terpilih untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.
Pada peringkat awal ini, projek tersebut membabitkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P seluruh negara, dimana ia akan beroperasi dari 8.00 am – 9.00 pm (di Semenanjung Malaysia) dan 7.45 am – 8.45 pm (di Sabah & Sarawak), setiap hari kecuali hari Ahad.
“Kami tahu yang kenderaan ramai pelanggan-pelanggan kami telah tertangguh servisnya kerana operasi kami di seluruh negara terpaksa ditutup selama dua bulan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan CEO Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Oleh itu, kami lanjutkan waktu operasi kami di pusat-pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus melegakan kerisauan pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya lagi.
Anda boleh mencari pusat-pusat servis Perodua berserta waktu operasinya dibawah.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}