Proton
Owner Review: Fulfilled My First Dream! Owning My Proton Saga 2019
43
Malang tak berbau, seorang wanita cedera parah setelah pagar rumah yang dirempuh sebuah Proton Saga jatuh menghempapnya pada pagi semalam (2 Ogos) di Taman Luyang, Kota Kinabalu.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu melibatkan mangsa, Maria Jari, seorang wanita warga Indonesia berusia 41 tahun. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pada jam 10.25 pagi sebelum enam pegawai serta dua buah jentera dikerah ke lokasi kejadian.
Pegawai Perhubungan Awam JPBM Sabah, Mohd. Affendy K Ramin berkata Proton Saga berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pagar besi rumah tersebut dan menghempap mangsa. Setiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat bertindak pantas dengan mengalihkan pagar yang menghempap mangsa. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.58 pagi.
Menurut gambar yang dikongsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, tayar belakang Proton Saga berkenaan berada betul-betul di atas pagar yang dirempuhnya manakala mangsa tersepit di bawah pagar berkenaan yang sudah jatuh menyembah bumi.
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Sumber berita: Utusan Malaysia
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
6