Indonesia melancarkan projek perintis mengubah motosikal yang menggunakan enjin pembakaran dalaman kepada motor elektrik, baru-baru ini sebagai sebahagian daripada usaha negara itu untuk menghasilkan sistem pengangkutan lebih mesra alam.
Setakat ini, projek berkenaan sudah berjaya mengubah 10 motosikal dan menyasarkan untuk mengubah lebih 90 buah lagi menjelang November, kata Kementerian Tenaga Indonesia dalam kenyataan.
Juga baca: Indonesia sasar jual kenderaan EV sahaja menjelang tahun 2050
Di bawah strategi kebangsaan, kerajaan menetapkan sasaran penggunaan 13 juta motosikal elektrik - termasuk yang diubah - dan 2.2 juta kereta elektrik menjelang tahun 2030.
Ia juga berharap penjualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman dapat dihentikan menjelang tahun 2050.
Indonesia setakat 2019 mempunyai lebih daripada 15 juta kereta dan 112 juta motosikal di jalan raya, menurut data yang ditunjukkan oleh Persatuan Automotif Indonesia.
Juga baca: Indonesia percepat EV untuk kurangkan kebergantungan kepada import minyak
"Untuk mencipta ekonomi yang berskala, kita harus mencipta pasaran," kata Menteri Tenaga, Arifin Tasrif pada majlis berkenaan dan turut menyeru agar teknologi penukaran dikembangkan ke peringkat perniagaan kecil dan sederhana.
Selain itu, kerajaan Indonesia juga sedang berusaha untuk mengubah bas awam yang menggunakan minyak fosil kepada bas elektrik.
Indonesia yang juga kuasa ekonomi terbesar di rantau Asia Tenggara juga antara penyumbang pelepasan gas rumah hijau di dunia.
Republik berkenaan juga bercita-cita tinggi untuk menjadi hab produksi global bagi kenderaan menggunakan tenaga elektrik dengan memanfaatkan sepenuhnya kekayaan bekalan bijih 'Nickel Laterite' yang digunakan dalam penghasilan bateri lithium.
Sumber: Reuters
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}