Honda
Honda BR-V (2017) Owner Review
172
Seorang lelaki berusia 51 tahun meninggal dunia di dalam sebuah Proton Exora miliknya yang terbakar di hadapan rumahnya di Taman Pokok Mangga, Melaka semalam (25 Ogos).
Mangsa, Md. Lela Othman, yang juga seorang staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan mengalami sakit dada sebelum keluar rumah untuk menghidupkan enjin keretanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memberitahu Utusan Malaysia yang anak mangsa mendakwa ketika kejadian, dia terlihat bahagian belakang Exora berkenaan terbakar namun ayahnya tidak berganjak dari tempat duduk pemandu pada kira-kira jam 8.25 pagi.
Ketika anaknya menghampiri kenderaan, mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala bahagian belakang Exora berkenaan sedang marak dengan api.
Afzanizar berkata pasukan perubatan tiba pada jam 8.50 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan atau lecur dari kebakaran tersebut. Siasatan pegawai forensik juga tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
17