Sebuah lori membawa muatan baja terbabas lalu terjunam ke dalam gaung dalam satu kemalangan di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak pada petang semalam (2 September) kira-kira jam 3 petang. Pemandu lori, 56, dan seorang kelindan, 25, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt. Zaiham bin Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub, Pahang ketika kemalangan berlaku. Lori berkenaan didapati hilang kawalan di selekoh KM 43.5 dan merempuh penghadang lebuh raya sebelum terjunam ke dalam gaung.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian mendapati kedua-dua mangsa lelaki tempatan itu tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Supt. Zaiham berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut video rakaman ‘dashcam’ saksi kejadian, lori berpelitup kanvas kuning itu dilihat dipandu pada kelajuan tinggi dan secara melulu sebelum merempuh penghadang konkrit lebuh raya empat lorong berkenaan.
Pada awal rakaman, sebuah Perodua Axia dilihat bergerak perlahan ke sisi jalan seolah-olah ingin mengelak lori berkenaan. Beberapa saat selepas itu, lori berkenaan dilihat bergerak laju di antara kenderaan perakam dan Axia tersebut sebelum terbabas di selekoh hadapan.
Semua pemandu dinasihati memandu secara cermat dan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}