Satu maklumat baru mengenai crossover kompak Honda yang bakal diperkenalkan, iaitu Honda ZR-V telah tertiris sebentar tadi. Untuk pengetahuan anda, nama "ZR-V" telahpun dipatenkan pada tahun lepas.
Kini, crossover yang bakal menyaingi Toyota Raize dan Daihatsu Rocky ini dilaporkan menggunakan platform Honda Jazz generasi keempat. Dari segi dimensi, ukuran Honda ZR-V berbanding pesaingnya adalah seperti berikut:
Dimensi | |||
---|---|---|---|
Model | Panjang (mm) | Lebar (mm) | Tinggi (mm) |
Honda ZR-V | 4,100 | 1,695 | 1,600 |
Perodua Ativa | 4,065 | 1,710 | 1,635 |
Toyota Raize | 3,995 | 1,695 | 1,620 |
Honda HR-V | 4,334 | 1,772 | 1,605 |
Seperti yang anda dapat lihat, saiz Honda ZR-V sebenarnya mirip Toyota Raize dan Perodua Ativa. Berbanding dengan Honda HR-V pula, ia tetap lebih kecil tetapi ketinggiannya hampir sama.
Juga baca: Honda ZR-V, SUV segmen B baharu untuk menyaingi Toyota Raize / Daihatsu Rocky?
Dari segi trenkuasa, Honda ZR-V akan datang dengan enjin 1.0L turbo 3 silinder (122 PS, 173 Nm tork) yang sama seperti Honda City RS di pasaran Thailand. Di sana, enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT yang menghantar kuasa ke roda depan.
Apapun, penawaran enjin hibrid i-MMD masih belum dapat dipastikan. Untuk maklumat anda, varian hibrid untuk Toyota Raize/Daihatsu Rocky akan debut di Jepun sebelum Disember tahun ini.
Juga baca: Daihatsu Rocky / Toyota Raize (Perodua Ativa) ‘facelift’ di Jepun bakal dapat enjin hibrid
Setakat ini, perasmian Honda ZR-V dikhabarkan berlangsung pada Jun 2022.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}