Seorang pemandu lelaki berusia 31 tahun di Birmingham dikenakan hukuman perjara selama 15 bulan dan tidak dibenarkan memandu sehingga tempoh 15 tahun apabila disabitkan atas kesalahan memandu di landasan keretapi.
Untuk maklumat anda, perbuatannya telah menjejaskan jadual perjalanan keretapi laluan itu sehingga ke 8 jam. Malah, insiden yang terjadi telah mengalami kerosakan yang mencecah £23,000 (~RM 131k).
Menurut saksi orang ramai. pesalah yang memandu kereta jenis Mitsubishi Pajero itu didapati menuju ke stesen keretapi Duddeston kira-kira jam 7.30 pagi.
Berdasarkan CCTV yang ada, suspek didapati memandu 4x4 di atas landasan keretapi hampir 1 km sebelum bertindak meninggalkannya.
Ekoran itu, pegawai yang berkuasa berjaya menemui sebuah telefon bimbit di dalam kereta tersebut. Dengan bahan bukti tersebut, pihak polis berjaya mengesan lokasi tempat tinggal pesalah.
Yang menariknya, dia tetap menafikan perbuatan itu walaupun telah ditunjukkan dengan imej rakaman CCTV di stesen Duddeston. Tidak cukup dengan itu, 4x4 yang dipandunya pun tidak ada rekod insurans.
Sumber: The Guardian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}