Beberapa hari ini, ramai yang berkongsikan beberapa lakaran sebuah Proton Satria ‘moden’ yang sekadar khayalan. Kecintaan terhadap Satria Neo memang membimbangkan, sehingga lakaran pun menjadi pujaan.
Oleh yang demikian, apa kata lihat sebuah Proton Satria yang sangat jarang ditemui, dipandu sebelah kiri (Left Hand Drive) tetapi ada di Malaysia.
Menurut satu hantaran oleh Fadzli Hakim, sebuah Proton Satria GTi pemanduan sebelah kiri (LHD) telah dibuka untuk jualan. Hantaran tersebut menarik banyak perhatian namun ia tidak diletakkan tanda harga. Mungkin, terbuka untuk mereka yang berani ‘melamar’ hot hatch ini sahaja?
Baca: Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini?
Kesemua aksesori dan komponen yang ada pada Proton Satria GTi ini didakwa masih original. Selain itu, ia turut mencatatkan jarak tempuh yang sangat rendah - sekitar 200++ km sahaja. Ini sesuai dengan status ‘unregistered (NOS)' yang didakwa oleh Fadzli.
Antara senjata yang membuatkan Proton Satria GTi digilai ramai ialah gabungan trenkuasa berenjin 4-silinder 1.8L 4G93P (140 PS, 167 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan dan talaan Lotus Ride & Handling.
Baca: Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!
Tempat duduk Recaro yang dilihat pada model ini juga bukan tambahan pemilik. Proton Satria GTi sememangnya hadir dengan kerusi Recaro. Oleh itu, jaga-jaga kepada pemilik baharu, di Malaysia sindiket curi kerusi kereta masih berleluasa.
Antara komponen yang tidak dapat dilihat secara luaran adalah 'stabiliser bar' di depan dan belakang serta brek yang lebih besar. Selain itu, pemanduan model ini sangat menggiurkan peminat kereta, apatah lagi dengan prestasi memecut 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat sahaja.
Disebabkan oleh tiada harga yang diletakkan untuk hot hatch ini, ditambah dengan model pemanduan sebelah kiri (LHD) mungkin akan meningkatkan lagi tarikan Proton Satria GTi ini di persada antarabangsa. Jadi berapa agaknya harga yang setimpal untuk model ini?
Baca: Proton Satria GTi pandu kiri di Puerto Rico, satu-satunya Satria yang hampir sampai Amerika
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}