Seperti dijanjikan, Modenas melancarkan versi naik taraf model paling berkuasanya, Modenas Dominar D400 2021, hari ini yang tiba dengan pelbagai kemas kini daripada sudut spesifikasi teknikal yang pastinya mengujakan.
Begitupun, apa yang paling ditungu-tunggu untuk model yang berada dalam segmen 'Sport tourer' ini pastinya membabitkan harganya iaitu RM 13,997 (tanpa insurans dan cukai jalan).
Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!
Dengan harga yang ditawarkan, Dominar D400 2021 ini didakwa Modenas sebagai model sports tourer premium paling mampu milik dalam kelasnya di pasaran ketika ini.
Sebagai model kemas kini, antara naik taraf ketara yang diberikan kepada Dominar D400 2021 adalah dengan penggunaan fork jenis terbalik (USD) berbanding fork teleskopik biasa pada versi terdahulu.
Dari sudut spesifikasi teknikal, Modenas Dominar D400 2021 masih menggunakan enjin bersesaran 373 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, DOHC dengan teknologi DTS-i, Penyejuk Cecair namun kuasa yang dihasilkan meningkat berbanding versi terdahulu.
Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!
Ia kini menghamburkan kuasa setinggi 39.4 Hp berbanding 35 Hp pada versi terdahulu dengan tork kekal pada angka 35 Nm. Perubahan lain adalah penggunaan muncung ekzos berkembar.
Sistem transmisi pula adalah 6 kelajuan yang diperkemaskan bersama klac 'Assist & Slipper'. Suspensi belakang pula menggunakan penyerap hentakan tunggal Nitrox dengan ciri boleh laras.
Sistem henti juga boleh dikatakan 'padu' menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang dari jenama ByBre lengkap dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Dengan segala naik taraf yang diberikan, Dominar D400 2021 ini dikatakan akan menjanjikan pengalaman tunggangan yang lebih berkuasa dan lebih selesa.
Selain naik taraf dari sudut mekanikal, Dominar D400 2021 turut mendapat 'talaan' dari sudut kosmetik dengan kemasan 'tankpad' bercorak carbon baharu serta logo Dominar pada tempat duduk belakang.
Paparan kluster meter pula adalah digital LCD yang lengkap dengan petunjuk indikasi gear, kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm dan tahap minyak.
Lampu hadapan pula adalah automatik dari jenis 'LED mosaic' yang mampu memberikan pengcahayaan lebih jelas pada waktu malam serta membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5 km.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, dengan segala peningkatan yang dibuat, Modenas Dominar D400 2021 dijangka akan mampu menjadi model yang digemari ramai.
Pilihan warna baharu adalah seperti berikut:
Kepada yang berminat, Modenas Dominar D400 2021 akan mula berada di semua wakil pengedar sah Modenas pada bulan ini. Menarik atau tidak? Anda sendiri tentukan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}