Sempena penyambungan semula saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 yang tertangguh susulan penularan Covid-19, penganjur perlumbaan terkemuka tempatan itu mengumumkan sesuatu yang 'mengasyikkan'.
Perlumbaan Cub Prix 2021 kembali beraksi bermula di Pusingan 3 dan 4 pada 18 dan 19 September ini di Litar Sepang Utara namun ia masih kekal tanpa kehadiran penonton.
Begitupun untuk memeriahkan perlumbaan yang boleh ditonton secara langsung di kaca televisyen dan maya itu, pihak penganjur menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk memenangi 8 buah motosikal.
Lapan buah motosikal itu adalah 4 buah motosikal 'Super moped' Honda RS150R sumbangan Boon Siew Honda dan 4 buah Yamaha Y15ZR sumbangan Hong Leong Yamaha Motor yang sedia untuk dimenangi bagi baki 8 pusingan musim ini.
Selain motosikal, pelbagai hadiah menarik lain bernilai RM 100,000 juga berpeluang dimenangi dengan menyertai peraduan ’Siapa Punya Motor?’
Setiap pusingan akan menawarkan sebuah motosikal sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah menarik sumbangan Racing Boy, UMA Racing, Corsa, ARC, RKM, SCK, KYT, FDR, Maxxis dan Presa untuk dimenangi.
Penyertaan adalah percuma dan penonton hanya perlu menghantar kod rahsia, 5 soalan dan satu slogan di pautan yang akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan.
Kod rahsia akan diselitkan dalam hantaran di rangkaian media sosial Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas manakala 5 soalan akan diberikan ketika siaran langsung perlumbaan.
Untuk mendapatkam info terkini daripada Cub Prix, ia boleh didapati di www.malaysiancubprix.com
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}