Seorang pemandu Perodua Kelisa di Kelantan menerima kecaman warganet apabila dilihat seolah-olah sengaja tidak mahu membayar harga minyak yang diisinya. Pemandu tersebut bertindak ‘melarikan diri’ sejurus sahaja minyak selesai diisi.
Video yang tular di laman sosial tersebut turut menyaksikan pekerja turut gigih memanggil pemandu tersebut setelah menyedari hal tersebut namun Perodua Kelisa itu dengan pantas meninggalkan stesen minyak.
Berdasarkan maklumat, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan.
Ramai warganet yang mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dilihat mengambil kesempatan terhadap stesen minyak yang membenarkan pelanggan untuk mengisi dahulu sebelum bayar.
Tinjauan turut mendapati, sesetengah stesen minyak di kawasan pedalaman seperti Kelantan dan Sabah masih membenarkan pelanggan untuk mengisi terlebih dahulu sebelum bayar.
Proses ini berbeza dengan proses pengisian minyak di stesen minyak biasa yang hanya membenarkan pam beroperasi selepas bayaran dibuat.
Tiada maklumat mengenai sebarang laporan polis yang dilaporkan dibuat setakat ini.
Baca: Bayar minyak di Shell guna RFID TNG, daftar cepat & dapat kredit sehingga RM 20!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}