Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang melakukan kegiatan seludup beras di Kelantan ditahan setelah kereta Proton Iswara yang dipandunya terbabas ke dalam parit sewaktu melarikan diri dari pihak berkuasa.
Kejadian yang berlaku di dearah Chabang Empat, Tumpat itu berjaya menemui 750 kg beras seludup pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM3,000.
Menurut Pegawai Pemerintah Medan, kereta tersebut dikesan pada jam 9.45 malam ketika anggotanya membuat rondaan. Dengan mengetahui kehadiran mereka, remaja tersebut memecut sehingga terbabas ke dalam parit tepi jalan. Walau bagaimanapun, remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sejumlah guni beras yang dijumpai sewaktu pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bahawa ia diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.
Apapun, segala barang rampasan termasuk kenderaan dan remaja terbabit dibawa ke Kompeni Taktikal PGA Kuala Jampu untuk siasatan lanjut.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Sumber: Berita Harian Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}