Pihak Polis Di Raja Malaysia telah menerima satu laporan berhubung sebuah Toyota Alphard didakwa milik VIP yang memotong barisan menunggu trafik di laluan garisan berkembar. Toyota Alphard itu dikenalpasti menggunakan nombor plat P45 yang sinonim dengan sebuah parti politik di Malaysia.
Susulan daripada laporan tersebut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya telah membuka siasatan bagi mengenal pasti pelaku yang terbabit.
"Saya mengesahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menerima satu laporan polis berkaitan perkara tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada media.
Menurutnya lagi, Toyota Alphard tersebut telah memotong barisan trafik tanpa menghiraukan kenderaan lain yang bergerak dari arah bertentangan. Kejadian turut difahamkan berlaku di Jalan Bukit Marak - Binjai, Kota Bharu.
Seorang pengguna jalan raya lain telah merakam insiden berkenaan sambil dilatari dengan rungutan. Rakaman tersebut kini tular di kebanyakan media sosial yang menuntut penjelasan dari pihak berwajib dan yang dikaitkan.
Baca: Baru Fasa 2, kereta masuk Kelantan melonjak sehingga 20%, siapa benarkan rentas negeri?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}