Projek Lebuh Raya Utama Tengah atau CSR (Central Spine Road) melibatkan subpakej 5C dari Kampung Asap - Kampung Sertik di Bentong dan 5D Bentong Bypass sejauh 28.5 km dibuka hari ini.
Dengan pembukaan laluan ini, pengguna jalan raya yang datang dari Kuala Lumpur atau Kuantan sudah tidak perlu memasuki bandar Bentong untuk sampai ke Raub, Lipis, dan Kelantan.
Pengguna jalan raya bergerak di lebuh raya Kuala Lumpur–Karak Expressway menghala ke pantai timur boleh memasuki Bentong Bypass ini melalui susur keluar berhampiran MRSM Bentong sebelum keluar di Lebu dan meneruskan perjalanan menerusi laluan baharu ini.
Projek lebuh raya empat lorong tanpa tol ini dijangka akan mengurangkan kesesakan di bandar Bentong yang sering mengalami kesesakan luar biasa hampir setiap kali cuti panjang atau perayaan tiba.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan pembukaan jalan itu pagi tadi.
Projek CSR ini secara keseluruhannya mempunyai jarak 350 km yang merangkumi kawasan di sekitar Kuala Krai, Kelantan, dan Bentong. Projek bernilai RM 8.7 bilion ini dijadualkan untuk siap menjelang 2025.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}