Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan Volkswagen Tour di 1 Utama Shopping Centre (Centre Court, Old Wing) bermula esok, 13 - 17 Oktober 2021.
Pelanggan yang menempah kenderaan baharu mereka ketika pertunjukan jalanan ini akan menikmati rebat eksklusif acara ini sebanyak RM 1,000 untuk model-model terpilih, insuran setahun percuma, berserta pengecualian cukai jualan (SST) 0%. Penjimatan sehingga RM 10,000 boleh dinikmati dengan pembelian kereta baharu Volkswagen.
Dengan unit ‘ready-stock’ yang tersedia, pelanggan tidak perlu menunggu mana-mana model yang ditawarkan dalam barisan tawaran Volkswagen Malaysia.
Pandu-uji juga boleh didapati di acara ini; dimana pelanggan boleh mengalami sendiri keseronokan memandu Arteon R-Line 4MOTION baharu, Passat Elegance, Passat R-Line, Tiguan Allspace Highline, dan Tiguan Allspace R-Line.
Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua terjaga, pertunjukan jalanan ini akan dijalankan dengan pematuhan ketat semua prosedur operasi standard (SOP) digariskan Kerajaan dan juga langkah berjaga-jaga #SafeHands.
Acara ini akan dijalankan selama lima hari sahaja, oleh itu pastikan anda tidak ketinggalan! Lawati laman acara Volkswagen rasmi untuk dapatkan maklumat lanjut.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}