Kini menempah slot servis kereta anda semudah 1, 2, 3 jadi realiti dengan GoCar Garage, platform khas untuk memudahkan pengalaman pemilikan kenderaan anda tanpa mengira jenama mahupun model.
GoCar Garage ialah tawaran terkini daripada GoCar, sayap servis mobiliti bagi Tan Chong Group yang mewakili jenama Nissan dan Renault di Malaysia. Menerusi GoCar Garage, pemilik kenderaan pelbagai jenama dan model kini boleh menikmati kepakaran serta kemudahan servis bertahap pengilang yang ditawarkan oleh kumpulan ternama itu.
Kereta anda Perodua? Proton? Honda? Toyota, ataupun BMW? Semua ini dan banyak lagi boleh saja dihantar ke GoCar Garage.
Tambahan pula, anda tak perlu setia menunggu kereta siap diservis di Pit Stop Service GoCar Garage yang kini terletak di Petaling Jaya. Pelanggan GoCar Garage boleh dapatkan kereta sewa GoCar secara percuma selama 2 jam untuk balik ke rumah atau bersiar-siar di kawasan berhampiran!
Aplikasi mudah-alih GoCar Garage menawarkan platform yang telus dan mesra pengguna supaya anda boleh pilih pakej servis, tempah, bayar, dan selesaikan servis kereta anda hanya dengan menekan-nekan peranti pintar sahaja.
Pelanggan boleh memilih antara 3 pakej servis komprehensif bersama GoCar Garage, dan proses servis biasa dijamin akan siap dalam masa 45 minit sahaja.
Tambahan lagi, setiap pakej servis termasuk servis cucian kereta dan sanitasi asas secara percuma!
Setelah berjaya menempah slot servis anda, satu kod promo akan dihantar kepada anda untuk tempahan kereta sewa percuma 2 jam dengan GoCar supaya anda boleh pergi selesaikan urusan lain sementara menunggu kereta anda siap diservis.
Jika anda tidak dapat membawa kereta anda ke pusat servis GoCar Garage pun tak apa; ada servis GoCar Valet untuk mengambil dan menghantar kereta anda dalam radius 50 km dari lokasi premis mereka – dari Klang, Ampang, Semenyih dan Cyberjaya pun boleh.
Antara 21 Oktober sehingga 30 November 2021, GoCar Garage ingin menawarkan 300 pelanggan wanita bertuah peluang untuk menikmati kehebatan servis mereka.
Promo GoLadies menawarkan pakej servis percuma bernilai RM 98!
Bergantung kepada jenis minyak enjin yang digunakan kereta anda, anda hanya perlu tambah bayaran sedikit jika anda perlukan minyak semi sintetik, atau minyak sintetik sepenuhnya bagi memberi perlindungan terbaik bagi kereta anda.
Pakej servis GoCar Garage termasuklah: | ||
---|---|---|
Pakej Mineral | Pakej Semi | Pakej Penuh |
Minyak enjin mineral (4L) | Minyak enjin semi-synthetic (4L) | Minyak enjin fully-synthetic (4L) |
Oil filter | ||
Drain washer | ||
Upah (labour) | ||
Cucian kereta percuma | ||
Sanitasi asas percuma |
Servis GoCar Garage bukan saja hanya untuk servis kereta anda. Mereka juga menawarkan rangkaian servis komprehensif yang merangkumi bateri, tayar, brek, sistem penyejuk enjin, elektronik, dan sistem penghawa dingin kereta anda.
Berminat? Hanya muatnaik aplikasi GoCar di Apple App Store dan Google Play Store hari ini!
Nak tahu lebih lanjut tentang promosi GoLadies, layari laman sesawang rasmi mereka di sini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}