Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kenderaan Malaysia perlu dirombak

Kredit gambar

Jika anda pernah terlibat dalam kemalangan, anda pasti kenal akan trauma dan kepayahan yang perlu diharungi. Sejurus selepas anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, pasti ramai pengusaha ‘tow truck’ berpusu-pusu menghampiri anda dan berebut ‘menawarkan’ servis mereka, walaupun kita masih lagi pening-pening lalat akibat kemalangan.

Kemudian, jika anda tidak dapat menyelesaikan isu kemalangan itu tanpa campur tangan polis, mulalah proses yang panjang lebar dan memenatkan. Hendak membuat laporan polis saja sudah cukup leceh. Tak cukup dengan itu, anda akan dihampiri oleh ‘runner’ atau orang tengah tidak diundang yang kononnya boleh ‘settle’kan kes anda.

Gangguan dan desakan dari pengusaha ‘tow truck’ itu perkara biasa hampir setiap kali berlaku kemalangan
Kredit gambar

Selalunya, setelah kerja-kerja pembaikan kereta selesai, tuntutan insuran akan jadi satu proses yang leceh dan sukar bagi si pemilik kereta. Ejen-ejen dan orang tengah akan berkata-kata manis dan berjanji macam-macam pada mulanya, tapi bila tiba masanya untuk membuat tuntutan atau ada isu, mereka tiba-tiba hilang.

Pada masa yang sama, kita sebagai pelanggan bersusah-payah membayar premium insuran kereta tiap-tiap tahun. Dalam banyak kes, insuran tidak dapat membantu ketika kita paling memerlukannya. Rasa terumbang-ambing apabila kita sampai berfikir 10 kali untuk samada hendak melalui proses tuntutan insuran atau tidak.

Malangnya, mengapa kita sampai begini sekali? Adakah kita sebagai pelanggan diberi ruang untuk menyuarakan kepayahan yang dihadapi? Siapa yang membela hak kita? Siapa yang melindungi rakyat marhaen seperti kita yang tersekat tanpa jalan keluar?

Kisah penipuan insuran persendirian memang banyak, boleh buat novel

Bagi mereka yang rasa skeptikal dan ragu-ragu tentang kisah-kisah trauma sebegini, kami ingin kongsikan pengalaman rakan penulis kami di WapCar, Jason dan pengalaman saya sendiri. Pada tahun 2014, kereta Proton Inspira milik Jason dilanggar dari belakang oleh pemandu berlesen P di Jalan Klang Lama. Kerosakan yang dihadapi agak teruk. Jason bernasib baik apabila rakan-rakannya segera tiba ke lokasi kejadian sebelum sempat diserbu orang ‘tow truck’.

Namun, dia tidak begitu bernasib baik ketika hendak membuat laporan polis. Ada seorang lelaki (nama samaran diberi Encik K) yang ketika itu, katanya bertujuan untuk membantu ‘pelanggannya’ di balai polis yang sama, terlihat kereta Jason di balai dan mula memberinya ‘nasihat. Ketika itu, rakannya sudah pulang ke rumah kerana dia beranggapan laporan polis boleh dibuat tanpa sebarang masalah atau gangguan.

Jason yang ketika itu cukup runsing dan penat (waktu sudah hampir tengah malam) dan hanya mahukan jalan penyelesaian, terperangkap dengan janji En. K untuk membaiki keretanya di salah sebuah ‘bengkel panel’ En. K.

Kondisi sempurna sebegini tercapai hanya apabila Jason membayar sendiri kerja-kerja pembaikan yang sepatutnya dibuat dengan betul oleh ‘bengkel panel’ tersebut

Apabila dia pergi melawat keretanya di bengkel yang dikatakan tadi, rupanya ia hanyalah bengkel ‘bawah pokok’ di tepi sungai di Kayu Ara. Bengkel tersebut usang, kotor, dan tak nampak seperti bengkel yang boleh dipercayai. Keretanya dibiarkan di kawasan lapang yang terbuka, berlumpur dan tanpa penjaga.

Tiba masanya kereta boleh diambil semula, dia terus memeriksa bampar belakang ‘baru’ yang dijanjikan dan juga kemasan catnya. Hasilnya tidak memuaskan. En. K meyakinkannya yang lapisan cat tersebut perlukan masa untuk ‘settle’. Dia masuk ke dalam kereta dan masuk gear undur, penderia undur kereta pula berbeza bunyinya dari yang asal. Dia sedar yang alat ganti digunakan tidak menepati standard dan dia menggesa bengkel tersebut untuk memasang alat ganti asli.

Setelah selesai semuanya dan penderia belakang pun diganti dengan yang asli, masalah ketiga pula timbul dalam masa kurang setahun. Cat bampar belakang mula merekah dan menjadi kekuningan (warna kereta Solid White).

Setelah kereta dibaiki selepas kemalangan, rupa-rupanya ‘crash bar’ belakang tidak diganti
Kredit gambar

Pemeriksaan lanjut dibuat di bengkel seorang kenalan Jason. Apabila bampar belakang dibuka, bampar tersebut rupanya bukan bampar baru dan ada kesan tampalan merata-rata. Lebih mengejutkan, ‘crash bar’ belakang hilang. Ia sepatutnya ada, tapi hakikatnya dia dapat bampar kosong saja.

‘Crash bar’ penting untuk melindungi kereta dan penumpang jika berlakunya perlanggaran dari belakang.

Jangan tertipu dengan geng 'tow truck'!

Pengalaman penulis sendiri pula jadi pengajaran tentang kepentingan MENGELAK orang ‘tow truck’ yang menyerbu kereta anda apabila berlaku kemalangan atau kerosakan. Kereta lama saya, Perodua Kenari, pernah terkandas di Lebuhraya PLUS – dalam 3 km sebelum susur keluar Plaza Tol Senawang. Saya hubungi PLUS untuk bantuan, dan saya diminta untuk menunggu PLUSRonda tiba. Saya menolak kereta ke laluan kecemasan, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Kes kereta buat hal kali kedua pada hari berbeza

15 minit kemudian saya dihampiri sekumpulan lelaki – mereka datang dengan sebuah Proton Iswara dan sebuah ‘tow truck’. Salah seorang daripada mereka datang dan menawarkan khidmat ‘towing’ ke Plaza Tol Senawang (yang saya tahu, PLUSRonda akan bantu bawa kereta rosak ke plaza tol atau R&R terdekat).

Sekali pandang, sememangnya kehadiran mereka agak meragukan. Tapi yang mengejutkan, lelaki tersebut memakai jaket biru PLUS! Jaket nampak lusuh, tapi katanya mereka wakil/’runner’ PLUS yang membantu pihak konsesi lebuh raya dalam kes sebegini.

Jam sudah lewat 12 malam, saya pula wanita yang bersendirian dikepung oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka boleh membawa kereta saya ke Plaza Tol Senawang. Saya akur, kerana plaza tol tersebut hanya kurang 3 km di hadapan. Saya anggap, sebaik tiba di plaza tol, saya akan minta bantuan di sana.

Ia pastinya satu keputusan paling kurang bijak yang pernah saya ambil. Berseorangan tanpa pengalaman dibantu oleh PLUSRonda sebelum kejadian berlaku, dan disebabkan mereka memakai jaket berlencana jahit PLUS, saya terlalu optimistik yang mereka akan menurunkan saya di plaza tol.

Bagi yang tak kenal, ini pasukan PLUSRonda sebenar

Dah sampai ‘part’ seram. ‘Tow truck’ yang saya tumpangi bersama Kenari saya tidak berhenti di Plaza Tol Senawang, sebaliknya dibawa terus ke sebuah bengkel terpinggir di kawasan komersial tanpa banyak kedai berhampiran Tesco Extra Seremban.

Dalam perjalanan, saya terpaksa curi-curi hubungi ibu saya di Melaka untuk bantuan. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada rakan saya di Seremban, Adderly, yang sanggup datang membantu pada jam 1 pagi. Saya terpaksa meminta khidmat ‘tow truck’ kenalan saya di Melaka untuk datang dan membawa kereta saya pulang ke rumah. Sebelum 'tow truck’ tersebut tiba, kereta saya hampir-hampir dileraikan oleh pekerja bengkel tersebut. Semuanya selesai pada jam 3.30 pagi.

Kenapa banyak penipuan? Jawapannya, pulangannya lumayan

Bengkel dan ‘tow truck’ sebegini boleh dapat komisyen sehingga 20% bagi setiap kerja pembaikan

WapCar.my mendapatkan pandangan profesional dari Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad tentang sebab mengapa industri ini bergelumang dengan penipuan dan ketidakjujuran ramai pihak. Jawapannya cukup mudah – pulangannya lumayan.

Banyak bengkel, dalam usaha untuk memberi keuntungan kepada ‘tow truck’ pemangsa supaya lebih banyak kereta masuk ke bengkel mereka, dianggarkan menawarkan komisyen sehingga 30 peratus daripada jumlah pembaikan yang diluluskan, bagi setiap kes. Jika jumlah yang diluluskan untuk pembaikan adalah RM 10,000, mereka dengan mudah dapat RM 3,000 hanya untuk satu ‘job’. Tak hairanlah jika geng ‘tow truck’ atau ‘callmen’ ini berebut sehingga sanggup menipu dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Masalahnya, disebabkan oleh komisyen tinggi, bengkel-bengkel cenderung untuk mengambil jalan pintas dalam proses pembaikan supaya mereka boleh buat untung. Oleh itu, ‘penjimatan kos’ dilontarkan pula ke pemilik kenderaan yang tak tahu menahu tentang kualiti dan jalan kerja pembaikan kereta mereka ketika proses pembaikan berlangsung.

Bagi memberikan gambaran tentang betapa besarnya skala masalah ini di Malaysia, Sean memberitahu kami bahawa setiap tahun, penipuan insuran sudah menjadi sindiket penipuan berbilion ringgit nilainya disebabkan oleh korupsi dan penyelewengan yang sudah membiak bertahun lamanya.

Allianz Road Rangers memastikan respon yang pantas tiba untuk menangani isu kerosakan atau kemalangan

Melihat keadaan industri ini yang amat menyedihkan dan sudah jauh terperosok dalam sistem yang gagal melindungi pihak berkepentingan, Allianz mengambil keputusan untuk menyemai perubahan – bermula dengan pengenalan program Allianz Road Rangers (ARR). Ia merupakan bantuan tepi-jalan percuma, dan servis kemalangan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz General Motor Comprehensive sejak 2017.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi mereka di sini.

Kesimpulan

Walaupun usaha untuk memerangi penipuan insuran di Malaysia cukup mencabar perjalanannya, organisasi seperti Allianz ingin melindungi hak pelanggan sejak dari mula kemalangan berlaku sehingga ke akhirnya. Bak kata Sean, “Kami tak boleh lupa yang kami menjalankan perniagaan untuk melindungi pelanggan-pelanggan kami. Inilah tunjang utama dalam perniagaan kami.”

Proses tuntutan insuran untuk membaiki kereta anda selepas kemalangan sepatutnya lebih ringkas, namun hakikatnya ia diselubungi pelbagai cabaran dan halangan yang tak sepatutnya berlaku. Kita sebagai pengguna hanya boleh berharap yang program sebegini boleh mencetus perubahan dalam industri ini dan membawa kesedaran di kalangan banyak lagi pihak-pihak lain.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Rush

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model