Tempoh hari, kecoh satu Malaysia mengenai kejadian balingan batu dari jejantas Lebuhraya Utara-Selatan di perkarangan Bandar Darulaman, Kedah. Bayangkan tengah sedap laju, tiba-tiba cermin kereta berkecai akibat impak dari batu yang agak besar.
Juga baca: (Video) Malang tak berbau, cermin Perodua Myvi ini berkecai dibaling batu dari jejantas highway
Walau bagaimanapun, kes aniaya ini telah terjawab dimana pihak polis Daerah Kubang Pasu telahpun menahan seorang lelaki yang berusia 34 tahun.
Hasil siasatan terhadap lelaki itu mendapati bahawa perbuatan tidak bermoral itu dibuat semata-mata sebab dendam akan kenderaan berat yang sering menghimpit motosikalnya sebelum ini. Namun setiap kali selepas membaling, lelaki itu akan cepat-cepat sorok.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, pasukan anggota polis ternampak seorang penunggang motosikal berwarna biru di atas jejantas terbabit. Hasil pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemukan dua ketul batu di dalam bakul motosikal berkenaan.
Semakan lanjut mendedahkan bahawa suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.
Kes ini apapun disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Sumber: Awani
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}