Menurut satu laporan yang sah, harga alat ganti buat semua jenis kenderaan di Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan sehingga 60% dalam masa yang terdekat.
Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana pengeluar-pengeluar komponen sedang berhadapan dengan masalah bekalan bahan mentah (aluminium, besi & plastik) dan kenaikan kos pengangkutan seperti harga penghantaran.
Peningkatan bebanan yang agak drastik ini dihadapi oleh mereka semenjak semua sektor ekonomi dibuka dan rentasan negeri dibenarkan bermula 11 Oktober yang lalu. Untuk pengetahuan anda, isu yang sama turut berlaku di luar negara, khususnya dari China.
Juga baca: TERKINI: Merentas negeri & sektor pelancongan di seluruh Malaysia dibenarkan bermula esok!
Untuk makluman anda, kenaikan harga alat ganti termasuk alat ganti terpakai turut merisaukan pemilik bengkel kenderaan.
Secara tidak langsung, pengguna seperti kita tidak akan terlepas daripada merasai bebanan kenaikan harga seperti ini.
Sumber: Utusan
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}