Selepas arahan dan teguran dibuat ketika Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong membuat lawatan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Taman Daya Johor Bahru semalam (28 Nov), pihak pembekal perkhidmatan cetakan Lesen Memandu Malaysia (LMM) telah mengambil tindakan segera dengan menghantar pasukan teknikalnya membaikpulih serta menambah mesin cetakan LMM.
Menurut kemaskini oleh beliau, pihak Percetakan Keselamatan Nasional memasang tiga mesin cetakan LLM baru dan semuanya telah berfungsi dengan baik di kaunter awam. Dua lagi mesin diletakkan di kaunter pukal khas untuk Institut Memandu dan syarikat besar.
Ini adalah untuk melancarkan urusan di kaunter JPJ berkenaan supaya orang awam lebih selesa menggunakan perkhidmatan kaunter JPJ.
“Ini bermaksud 5 mesin berfungsi berbanding dengan 2 saja mesin berfungsi pada pagi ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tindakan segera itu diambil serta-merta pada hari yang sama selepas Wee membuat lawatan kerja mengejut di jabatan berkenaan.
“Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling Bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca yang menyebabkan “queue” (barisan) yang panjang.
Ada yang memberitahu saya bahawa LMM tidak dapat diperbaharui di UTC dan Pejabat Pos. Ada juga yang mempersoalkan sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan,” kata Wee.
Selain itu, beliau juga mengarahkan Ibu Pejabat JPJ supaya serta-merta mengumpulkan maklumat dari semua cawangan JPJ, UTC dan Pejabat Pos tentang prestasi terkini pencetakan LMM dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menggunakan mesin cetak yang dibekalkan oleh PKN.
Wee membuat kesimpulan bahawa sistem perkhidmatan kaunter JPJ sedia ada yang digunakan sejak 10 tahun lalu adalah “terlalu kuno”.
“Jangan buang masa orang ramai beratur panjang dan berjemur di bawah matahari yang terik,” tegasnya.
Berita berkait: Sesak dan lambat, JPJ Miri diminta buka kaunter bergerak untuk penduduk luar bandar
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}