Satu ‘sinkhole’ terbentuk di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu akibat mendapan tanah sehingga menyebabkan seorang penghantar makanan (rider) hampir terjunam kedalamnya sebelum jatuh dari motosikal ke bahu jalan dalam satu kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari Ahad (28 Nov).
Ketua Pemuda SAPP Parlimen Kota Kinabalu, Dexter Chin, berkata, kejadian berlaku disebabkan oleh paip pembetungan aset Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah berdiameter 975 mm jenis konkrit yang runtuh di bawah jalan raya dan menyebabkan ‘sinkhole’ bersaiz 18'x18' dan berkedalaman 6 inci.
Papan tanda keselamatan serta lampu amaran (blinkers) telah dipasang serta-merta oleh pihak Glob konsesi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor JPP Sabah di sekitar lubang jalan berkenaan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.
“JPP telah mengarahkan kontraktor yang melaksanakan Projek Penggantian Paip Pembetungan Jalan KK - Likas untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
Mereka akan menggunakan kaedah penampalan (patching method) dan penimbusan semula supaya jalan raya boleh dibuka semula dalam masa seminggu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Merujuk kepada laporan terdahulu, kejadian ‘sinkhole’ adalah sukar untuk dijangka dan telah mengakibatkan banyak kemalangan membabitkan pengguna jalan raya.
Penyelenggaraan haruslah kerap dilakukan oleh pihak berwajib dan spesifikasi pembinaan jalan raya haruslah menepati standard sepatutnya bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Baca juga: Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}