Filem aksi dengan jentera berprestasi tinggi sudah menjadi ‘makanan’ peminat filem dan kereta di Malaysia seperti yang dapat dilihat dalam kejayaan diraih filem-filem luar negara mahupun tempatan. Tak lama lagi, rakyat Malaysia bakal disajikan filem penuh adrenalin terbaru, Marabahaya Underground, arahan Helmi Yusof dan terbitan penyanyi rap terkenal tanah air, Cat Farish.
Marabahaya Underground dibintangi oleh Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama, diiringi pelakon-pelakon lain seperti Jian Wein, MK K-Clique, Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.
Selain itu, sesuai dengan jalan ceritanya, filem ini juga memberi penampilan istimewa dari pelumba supercar negara, Zen Low, pelumba negara, Keifli Othman, drifter, Jian Hui Wong, dan juga pelumba rali, Faizal Alang. Penampilan istimewa lain bagi menyerikan lagi filem aksi disulami komedi ini terdiri daripada Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, dan Zalif Sidek.
Apalah ertinya filem aksi tanpa jentera berkuasa tinggi dengan gaya pelumba jalanan yang cukup menggiurkan? Filem berkisar tentang impian dan liku-liku kehidupan peminat sukan ‘drift’ ini takkan lengkap tanpa kemunculan jentera hebat seperti Ford Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche bagi mencetuskan deruan adrenalin di kalangan penonton, diiringi irama rap karya artis ‘underground’ Malaysia.
Filem ini berkisar tentang perjalanan bintang utamanya, Hazama sebagai watak Chon, yang bercita-cita mahu menjadi seperti idolanya iaitu Raja Drift Malaysia, Shah Dhani yang dimainkan oleh Joey Daud.
Filem berdurasi 1 jam 30 minit terbitan syarikat produksi D’edge Communication ini boleh ditonton mulai hari ini (2 November) menerusi Astro First, saluran 480.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}