Baru-baru ini, tertular satu klip video yang memperlihatkan seorang lelaki beragama Kristian yang menghina dan mencaci maki seorang muslim yang membaca Al-Quran di dalam sebuah kereta api.
Kejadian yang berlaku berdekatan dengan stesen Tower Hill, London itu dirakam mangsa sendiri apabila perbuatan beliau membaca Al-Quran tidak disenangi langsung oleh penumpang tersebut.
Mangsa yang dikenali dengan akaun Twitter @TooMuchSuugo itu dilihat membaca Al-Quran dengan nada yang cukup rendah tetapi buat penumpang itu, “Ini adakah negara Kristian dan kalau anda hendak kami hormat anda, anda perlu hormat kami terlebih dahulu.”
Menurut mangsa, membaca Al-Quran sementara menunggu sampai ke stesen yang dituju adalah rutin hariannya dan selama ini, tidak ada seorang pun yang ada isu akan hal itu. Malah, mangsa sendiri dengan rasa hormatnya meminta penumpang itu untuk pindah ke tempat duduk lain tetapi lelaki itu tetap berkeras.
Apa yang dibuat lelaki itu sebaliknya mencaci maki tanpa henti dan menyuruh lelaki itu pulang ke negara Muslim seperti ke Timur Tengah.
Apa pendapat anda? Adakah perbuatan membaca kitab suci agama masing-masing sesuatu yang biadab dan menganggu atau sekadar hak masing-masing?
Sumber: TravelOkeZone
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}