Euro NCAP baru-baru ini mengumumkan penarafan keselamatan terakhirnya pada 2021, meliputi julat kenderaan daripada yang terbaik hingga yang paling teruk dalam pelbagai kategori.
Antara 11 kenderaan yang diuji dalam kitaran terakhir ujian penilaian - Renault Zoe EV 2021 terserlah sebagai satu kejutan yang besar kerana ia mendapat skor penilaian keselamatan keseluruhan sebanyak…0-bintang.
Ini meletakkan Zoe di kedudukan paling teruk pada tahun 2021, memecahkan tradisi lama Renault membangunkan beberapa moel kereta paling selamat yang pernah diuji oleh Euro NCAP seperti model Laguna, Espace, Megane dan Captur.
Juga baca: Renault Captur ‘pre-owned’ hanya RM 60k, harga Perodua Myvi untuk sebuah SUV?
Euro NCAP menambah “Zoe (2021), facelift yang diperkenalkan pada 2020, menerima beberapa penambahbaikan bateri tetapi tiada tambahan dalam ciri keselamatan. Sebaliknya, beg udara sisi yang dipasang di tempat duduk, yang sebelum ini melindungi kepala dan toraks, telah digantikan dengan beg udara toraks sahaja yang kurang berkesan, menyebabkan kemerosotan dalam perlindungan penghuni.
Zoe baharu menawarkan perlindungan yang lemah dalam situasi kemalangan secara keseluruhan dengan perlindungan pengguna jalan raya yang lemah dan tidak mempunyai teknologi pengelakan kemalangan yang bermakna, membatalkan kelayakannya untuk mana-mana bintang.”
Michiel van Ratingen, Setiausaha Agung Euro NCAP berkata, “Renault pernah sinonim dengan keselamatan. Laguna adalah kereta pertama yang mendapat lima bintang, pada tahun 2001. Namun, hasil keputusan ujian yang mengecewakan untuk Zoe dan Dacia Spring (daripada jenama sub Renault) menunjukkan bahawa keselamatan kini telah menjadi kerosakan cagaran dalam peralihan kumpulan itu kepada kenderaan elektrik.
Beliau menambah, “Adalah sinis untuk menawarkan pengguna kereta hijau mampu milik jika ia datang pada harga risiko kecederaan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan. Kereta lain, seperti FIAT 500e (Euro NCAP: 4-bintang), baru-baru ini dianugerahkan 5-bintang dalam Green NCAP, menunjukkan bahawa keselamatan tidak perlu dikorbankan untuk kebersihan alam sekitar.”
Di Malaysia, Renault Zoe mula diperkenalkan pada 2016 pada harga pengenalan RM 146k. Trenkuasa EVnya menampilkan motor elektrik 90 PS / 220 Nm, dikuasakan oleh bateri daya tarikan litium-ion 22 kWj yang terletak di lantai. Jarak pemanduan dikatakan sehingga 210 km.
Pada 2019, Zoe facelift menerima lebih kuasa, dengan 135 PS dan 245 Nm serta jarak pemanduan yang dipertingkatkan sehingga 390 km hasil daripada bateri berkapasiti 52 kW.
Walaupun Zoe facelift tidak diperkenalkan secara rasmi di sini, model pra-facelift masih boleh diperoleh melalui platform perkongsian kereta / sewa tertentu di dalam negara.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}