Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, khususnya di Laluan Persekutuan FT185 di Seksyen 27 masih ditutup ekoran masalah cerun yang masih meragukan akibat hujan lebat yang berterusan.
Bagi anda yang belum tahu, inilah tempatnya dimana Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah yang berlaku pada awal bulan ini.
Menurut pemeriksaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kinta, keadaan cerun buat masa sekarang belum selamat untuk dilalui kenderaan, sekurang-kurangnya sebelum kerja pembersihan runtuhan tanah dapat diselesaikan sepenuhnya.
Buat sementara waktu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah – Cameron Highlands.
Apapun, notis penutupan ini akan berlanjutan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}