Bas sedang drift atau ketam jelmaan bas? Inilah persoalan yang sedang bermain di fikiran netizen Malaysia terhadap satu klip video Twitter yang memperlihatkan sebuah bas penumpang yang agak pelik di Lebuhraya PLUS.
Kalau anda perhatikan betul-betul, pergerakannya sama seperti cara ketam berjalan. Malah, tidak keterlaluan seadainya ia dilihat seperti membuat drift tetapi dalam landasan.
Namun menurut pakar, kenderaan yang senget seperti ini sebenarnya pernah terlibat dalam kemalangan yang dasyat sehingga menjejaskan bahagian casis. Walaupun boleh dibaiki seperti yang telah dibuat pada bas ini, ia tetap tidak akan kembali tepat atau selari seperti asal.
Anda boleh samakan perkara ini dengan tulang manusia sendiri. Kalau patah, ia boleh disimenkan semula tetapi ia tidak akan kembali sama seperti di belah yang bertentangan. Kaki atau tangan kita misalnya.
Untuk kenderaan yang nampak senget seperti ini, pemanduannya pasti akan rasa kekok dan tidak sesedap dahulu kerana rangka yang sudah tidak simetri. Malah, kestabilan kenderaan itu sendiri pasti akan terjejas kerana asasnya sudah tidak seimbang.
Jadi apa pendapat anda? Wajarkah bas atau kenderaan yang sudah senget diharamkan oleh pihak berkuasa?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}