Buat kali pertama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempraktikkan penguatkuasaan secara digitalisasi menggunakan alat pengesanan had laju “In-Car Radar” di sepanjang lebuh raya dalam penugasan Op Selamat 17 sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata, teknologi itu akan digunakan sebagai tambahan kepada operasi penguatkuasaan biasa untuk mengesan kenderaan yang dipandu di lebuh raya melebihi had laju yang ditetapkan.
Pada Op Selamat kali ini juga, beliau berkata, PDRM akan mula mengguna pakai alat “Intelligent Compound Online Payment System” (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.
"Ini termasuk kenderaan yang terbabit dalam kes jenayah seperti kenderaan curi, klon dan sebagainya.
Baca: Pemandu tak bayar saman, ada waran tangkap jaga-jaga - kamera pintar iCOPS boleh kesan anda!
"Kedua-dua peralatan ini amat membantu dalam menyimpan serta membina profil kenderaan secara sistematik bagi rekod analisa PDRM, pada masa kini dan hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kassim Karim.
Mengulas lanjut, penguatkuasan secara 'In-Car Radar' dan 'i-COPS' akan dilaksanakan oleh pasukan Peronda Lebuhraya PDRM yang ditugaskan melakukan rondaan di sepanjang lebuh raya negara termasuk Lebuh raya PLUS. - Berita Harian
Baca: Operasi imbas nombor plat dengan iCOPS secara besar-besaran bermula tahun 2022!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}