Mamak Talk
Why does the New Civic have only P, R, N, D, and no S and L modes Will this be a smarter CVT transmission system?
31
Bersempena dengan kejayaan pengedar Toyota di Indonesia, PT Toyota, yang merekodkan 2 juta jualan eksport setakat ini, Presiden Jokowi mengambil kesempatan itu dengan menjelaskan bahawa kualiti sumber daya manusia di negara itu mampu menghasilkan kereta yang bertaraf dunia untuk dieksport.
Juga baca: Indonesia mengeksport hampir 295,000 kenderaan ke 80 negara pada 2021, Daihatsu mendahului
Kata beliau, produk eksport yang dihasilkan oleh pembuat tempatan akan bersaing dengan pengeluar yang lain dan pengguna sudah tentu akan memilih produk yang betul-betul berkualiti.
Antara kejayaan eksport mereka yang paling jelas adalah pengeluaran Toyota Fortuner di Australia yang mana ia diimport dari Indonesia sendiri.
Ini adalah bukti bahawa Indonesia betul-betul mempunyai standard yang tinggi dalam menghasilkan kereta.
Untuk makluman anda, kebanyakan sektor komponen, alat ganti serta aksesori kereta di Indonesia dibekalkan oleh industri kecil dan sederhana (SME).
Secara keseluruhan, Jokowi berasa bangga dan gembira terhadap Toyota kerana Tingkat Kandungan Dalam Negeri (TKDN) untuk penghasilan kereta mereka sudah mencecah 75%.
Sumber: Kompas.com
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3