Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengisukan notis panggilan-semula hari ini bagi 12,732 buah kereta yang dihasilkan antara 2011 hingga 2015.
Isu yang hendak dibetulkan adalah berkaitan ‘hydraulic pressure accumulator’ di dalam kotak gear dwi-klac 7 kelajuannya. Kegagalan komponen ini akan menyebabkan kerosakan kotak gear dan fungsi enjin.
Berikut adalah model-model yang terkesan. Model-model yang dihasilkan selepas tahun 2016 tidak terkesan.
Kempen panggilan-semula ini akan dijalankan dalam beberapa fasa dan notifikasi akan dibuat melalui surat kepada pemilik yang dikenal pasti. Pemilik juga disarankan untuk memeriksa laman sesawang Volkswagen atau menghubungi 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}