Mamak Talk
How do you get used car dealers to pay more for your car? Survey with a few? How can I sell my car for a better price?
38
Jumaat lalu sehingga awal pagi semalam, operasi besar-besaran yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur telah mengeluarkan sehingga 750 saman terhadap pengguna jalan raya.
Operasi yang dibuat sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu turut melibatkan 38 buah motosikal yang terpaksa disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan, terutamanya ekzos.
Pada masa yang sama, pihak polis sempat membuat tangkapan terhadap 13 lelaki kerana memandu dalam pengaruh alkohol.
Di samping itu, 10 lelaki termasuk 2 orang warga asing turut ditahan kerana didapati mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram.
Segala tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan dan tindakan lanjut. Menurut JSPT Kuala lumpur, pihak mereka akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras kesalahan tatatertib sehabis mungkin supaya keselamatan dan kesejahteraan terhadap pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun H.S Lee di talian 03- 2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis yang terdekat.
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3