Geng motosikal yang menyamun dan memukul seorang pemandu peribadi di Shah Alam yang video mengenai jenayah itu tular dan mencetus kemarahan masyarakat sedang giat diburu polis.
Seperti babak dalam filem gangster, video berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki bermotosikal secara beramai-ramai memukul dan kemudian turut melarikan motosikal mangsa.
Polis dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam pada Ahad lalu.
Memetik laporan Kosmo!, kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa merupakan seorang lelaki menunggang motosikal seorang diri di lokasi berkenaan.
Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di mata dan pipi dan luka pada kedua-dua belah tangan kerana dipukul termasuk menggunakan topi keledar.
Selain kecederaan, telefon bimbit mangsa daripada jenis Huawei Nova 4 dan dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM 50 turut disamun.
Lebih mencetuskan berang, motosikal mangsa turut dibawa lari oleh geng berkenaan dengan apa yang menimpa mangsa dilaporkan isterinya sejurus kejadian, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.
Susulan kes jenayah berkenaan, Mohd Iqbal berkata polis dalam usaha mengesan kumpulan suspek dan punca kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-5520 2222.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}