Kemalangan maut direkodkan dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2011 hingga Januari 2021 menunjukkan kemalangan berpunca dari pemandu mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah adalah yang paling rendah – hanya 69 kes dilaporkan, menurut statistik Polis DiRaja Malaysia.
Ini mewakili hanya 0.11 peratus daripada keseluruhan punca kemalangan maut dalam tempoh itu. Punca paling tinggi ialah terbabas sendiri (satu kenderaan) dengan jumlah 19,570 kes (31 peratus). Tiada pecahan lanjut bagi jenis kenderaan terlibat dalam kemalangan jenis ini.
Juga baca: Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan
Punca kemalangan maut kedua tertinggi pula ialah cuai keluar/masuk simpang jalan susur dengan 6,590 kes (10.5%), diikuti dengan makan jalan dengan 6,587 kes (10.5%). Berikut adalah punca kemalangan maut lain-lain mengikut turutan dari yang keempat paling tinggi sehingga yang kedua paling rendah:
(Video) Lori terbalik di NKVE, pemandu disangka mengantuk rupanya positif dadah
Akhir kata, pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sedia dan sihat sebelum memandu selain daripada memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}