Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China baru-baru ini mendedahkan bahawa bilangan kenderaan elektrifikasi (EV) baru di negara itu sudah mencecah 10.3 juta unit. Ini satu perkembangan yang positif (1.5 kali ganda) buat industri kenderaan elektrik di peringkat global kerana China merupakan antara pasaran terbesar di dunia.
Bercakap mengenai ini, kadar penembusan pasaran di China juga meningkat 11.4% berbanding tahun 2021. Ini menunjukkan bahawa banyak pengeluar kereta ingin mengeksploit pasaran tersebut.
Untuk suku pertama (Q1) 2022 sahaja, produksi dan jualan EV di China sudah mencecah 1.3 juta. Prestasi ini menunjukkan peningkatan 1.4 kali ganda berbanding tahun 2021.
Kalau anda nak tahu, pegangan pasaran (75.1%, naik 2% berbanding tahun lalu) di China sendiri diterajui oleh jenama kereta dari negara itu.
Juga baca: Tak perlu sewa acah berjaya, purata umur pemilik Porsche Taycan di China hanya 30 tahun!
Dalam masa yang sama, produksi dan jualan FCEV (fuel cell electric vehicle) turut menyaksikan peningkatan. Berbanding tahun sudah, ia menunjukkan pertumbuhan hampir 8 kali ganda. Nampaknya, sentuhan elektrifikasi betul-betul memberi keyakinan kepada pengguna kereta konvensional bahawa inilah sumber kuasa masa hadapan.
Juga baca: Tesla Model Y di China boleh cantas jualan Geely Boyue, EV kini lagi laku daripada enjin?
Untuk pengetahuan anda, pendekatan elektrifikasi di China juga ada menerapkan penggunaan ‘battery swap’ yang mana pemilik hanya perlu menukar ke pek bateri baru di pusat yang tersedia. Kaedah ini sahaja menyaksikan bilangan pengguna yang sudah mencecah 40,000 (meningkat sebanyak 82%).
Tetapi untuk kereta elektrik yang perlu dicas seperti Volvo, sejumlah 492,000 tempat mengecas sudah didirikan di seluruh negara China. Menariknya, 407,000 daripadanya dipasang sendiri oleh pengguna di kediaman masing-masing. Lihatlah betapa pesatnya elektrifikasi di China.
Sumber: Malay Cari Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}