Perbuatan cop tempat parkir sesuka hati tanpa memikirkan orang lain bukanlah tabiat yang baru. Di Malaysia sendiri jangan cakaplah. Kalau tak orang, barangan seperti objek pun dia boleh letak. Semua gara-gara mendapat tempat meletak kenderaan.
Juga baca: Isu guna objek untuk cop 'parking' di pangsapuri Taman Sri Batu Caves, penduduk dilema?
Di China pula, isu masyarakat seperti ini sebenarnya lebih ganas. Baru-baru ini, muncul satu video di internet yang memperlihatkan 2 wanita yang cop sampai sanggup menolak semula kereta yang hendak undur masuk ke tempat parkir yang telah mereka jaga.
Berdasarkan klip video ini, salah seorang daripada mereka siap berani telefon polis lagi sedangkan dialah yang bersalah. Tidak cukup dengan itu, rakannya siap merakam lagi, kononnya sebagai bukti untuk ditunjuk kepada pihak polis. Macam tak masuk akal kan?
Apapun menurut pihak polis China yang telah membuka kertas siasatan, pemandu dan penumpang kereta itu juga boleh disabitkan bersalah kerana mereka tidak berkomunikasi dengan kedua-dua wanita itu terlebih dahulu. Malah, tindakan mengundur itu walaupun secara perlahan juga dikira bahaya.
Juga baca: Video: Makcik ‘cop’ petak parkir di Queensbay Mall, sanggup buat pekak demi dapat tempat
Walau bagaimanapun, siasatan kes tidak dilanjutkan tetapi pihak pengurusan pusat membeli-belah itu diarahkan untuk mengawasi perbuatan cop parkir seperti itu.
Sumber: South China Morning Post
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}