Apa barang Tesla? Kereta elektrik (EV) Proton Exora REEV dan Saga EV pernah tampil seawal 2010!

Kredit gambar: Funtasticko

Pengumuman Proton bahawa ia bercadang untuk memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) versi pengeluaran pertamanya menjelang 2027 mungkin kedengaran seperti jangka masa yang jauh di hadapan. Namun tahukah anda, Proton pernah mencuba teknologi kenderaan elektrik (EV) sekurang-kurangnya sepuluh tahun yang lepas?

Sudah tentu, hampir kesemua eksperimen dan prototaip yang dihasilkan lepas itu tidak lebih daripada mimpi buruk yang mempermainkan perasaan peminat kereta Malaysia apabila ia akhirnya dilelong pada akhir tahun 2020.

Selepas hiruk pikuk di media sosial, beberapa model - antaranya prototaip Proton EMAS - akhirnya dikeluarkan semula dari lelongan tersebut tetapi nasib yang sama tidak berlaku kepada kebanyakan prototaip Proton EV yang lain.

Baca: Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Daripada melihat janji kenderaan elektrik EV masa hadapan Proton, artikel ini memutuskan untuk melihat masa lalu tentang apa yang boleh menjadi suatu permulaan besar bukan sahaja untuk Proton tetapi industri automotif Malaysia. Yang penting, jangan benarkan Geely Emgrand GSe jadi asasnya!

Baca: Jangan benarkan Geely Emgrand GSe ini jadi EV pertama Proton; ditolak di China, 3 tahun je dalam pasaran!

Kurang kesedaran ekonomi 

Pada akhir tahun 2000-an, situasi Proton di United Kingdom agak merudum. Sebagai jenama automotif yang paling cepat berkembang di Britain pada awal 1990-an, era baharu ternyata sukar buat jenama nasional ini. Peralihan daripada teknologi Jepun yang lapuk tetapi boleh dipercayai kepada teknologi Malaysia yang 'biasa-biasa saja' tidak mampu memenangi hati pembeli.

Ketika itu kenderaan elektrik hanya terhad kepada enjin hibrid tetapi Proton telah tampil dengan penyelesaian yang boleh dikatakan tidak konvensional. Berbanding gabungan enjin petrol-elektrik biasa (hibrid), Proton UK menawarkan satu lagi jenis enjin hibrid dengan Gen.2 Ecologic.

Mod "dua bahan api" Gen.2 Ecologic membenarkan pengguna menggunakan petrol biasa atau gas petroleum cecair (LPG). Proton UK berharap cukai jalan yang lebih rendah dan harga LPG yang lebih murah dapat menarik minat pembeli.

Namun, eko-logik tidak logik apabila rangkaian stesen LPG tidak meluas di seluruh UK walaupun penjimatan bahan api dan cukai yang lebih besar. Kereta hibrid masih menjadi pilihan yang lebih baik untuk peminat Fish and Chips bagi mengelilingi bandar sambil menjimatkan minyak.

Enjin hibrid CamPro seperti yang didedahkan dalam Gen.2 EVE 2007 Konsep Hibrid

Walau bagaimanapun, Proton tidak pernah mengelak daripada enjin hibrid, dan juga, ia melihat jauh ke hadapan ke masa depan tertumpu kepada kenderaan elektrik sepenuhnya.

Pada tahun 2010, teknologi EV masih kurang maju dan tidak begitu arus perdana seperti sekarang. Kebanyakan kenderaan elektrik yang ditawarkan kemudian hanya memberikan jarak gerak yang terhad malah kelihatan hodoh.

Rali jadi pemangkin masa depan

Pada tahun 2010, perhimpunan kereta "Brighton to London Future Car" telah dianjurkan secara julung kalinya oleh Royal Automobile Club. Menurut laman web kelab itu, perhimpunan beramai-ramai memandu sejauh 60 batu (96.5 km) itu bertujuan untuk mempamerkan kenderaan generasi baharu ultra rendah karbon kepada orang ramai. Anugerah diberikan kepada kenderaan yang "memberi impak tenaga paling sedikit" sepanjang pemanduan.

Ia bukan ujian prestasi tetapi sebagai sebuah acara dengan faktor persekitaran sebagai misi utamanya, kelajuan bukan elemen penting. Proton bersaing dalam acara itu dengan dua kenderaan iaitu, Saga EV dan Exora Range Extender EV (REEV).

Kedua-dua prototaip Proton EV telah dibangunkan bersama Frazer-Nash Research Limited (FNR), kroni pakar kenderaan elektrik (EV) British yang akhirnya terlibat dalam krisis kewangan yang menyaksikan syarikat itu melelong Bristol Cars.

Syarikat itu juga pernah ditugaskan untuk menukar Proton Perdana milik Tun Dr Mahathir menjadi sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang kini ditinggalkan di UK.

Baca: Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama?

Tetapi sebelum timbul isu kewangan yang berlaku baru-baru ini, FNR berada di belakang pasukan yang mereka bentuk sistem pengurusan bateri Saga EV. Arus pemacu Saga EV terdiri daripada motor segerak (synchronous) magnet kekal AC yang menghasilkan 70 PS/198 Nm yang dikuasakan oleh pek bateri litium-ion 15.9 kWj dengan jarak sekitar 120 km seperti yang didakwa.

Kredit gambar: The Motor Muse

Sementara itu, Exora REEV didatangkan dengan dua motor elektrik - satu pada setiap roda depan - yang menghasilkan 95 PS/220 Nm digabungkan dan dikuasakan oleh bateri litium-polimer. Teknologi peningkatan jarak gerak range extender datang daripada enjin rotari kecil 400-cc yang menghasilkan 50 PS tetapi ia tidak begitu penting kerana enjin itu hanya digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan jarak gerak MPV elektrik ini.

Malaysia memenangi cabaran tersebut

Semasa cabaran "Brighton to London Future Car", Proton Exora REEV mengambil bahagian dalam kategori Extended Range EV (E-REV) manakala Saga EV mengambil bahagian dalam kategori EV biasa. Hasilnya, Proton Exora REEV bukan sahaja berjaya menamatkan cabaran itu dalam masa sekitar 4 jam, ia juga muncul sebagai pemenang dalam kategorinya dengan penggunaan petrol yang rendah sebanyak 2.2 liter sahaja.

Pasukan Exora yang menang semuanya tersenyum apabila tiba di London

Secara purata, Proton Exora REEV menguruskan penggunaan bahan api lebih daripada 123 mpg atau 52 km/l hasil daripada enjin enjin rotari kecil yang turut dipasang pada enjin. Sementara itu, Saga EV tidak memenangi apa-apa dalam kategorinya tetapi dilaporkan berjaya tiba di London dengan "masih banyak tenaga yang tersimpan".

Persona REEV di tengah khalayak

Berikutan kejayaannya dalam cabaran "Brighton to London Future Car" yang pertama, Proton mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut pada tahun berikutnya, mempertaruhkan sehingga 3 kenderaan elektrik EV dengan penambahan Persona Elegance REEV. Persona elektrik dikuasakan oleh gabungan enjin yang sama seperti Exora REEV.

Proton berharap Persona REEV akan menjadi peningkatan yang lebih signifikan berbanding MPV yang lebih berat dan ia terbukti. Persona elektrik adalah yang pertama daripada trio Proton yang melintasi garisan penamat dengan baki 8 minit manakala enjin rotari kecil dilaporkan hanya berputar selama 4.5 minit.

Ini bermakna Persona REEV menggunakan kuasa elektrik yang disalurkan ke motor elektrik di kebanyakan laluannya jauh lebih lama berbanding juara Proton Exora yang menjadi juara tahun lalu. Sebagai perbandingan, MPV elektrik itu memutarkan enjin selama 34 minit - suatu angka yang jauh lebih besar bermakna pencapaian anak Malaysia yang sangat hebat dalam masa setahun.

Malangnya, terdapat beberapa isu dengan data yang dikumpul, justeru melucutkan Persona REEV daripada kelayakan. Sementara itu, Saga EV berjaya menamatkan cabaran dengan hanya berbaki 2 minit manakala Exora REEV tiba paling akhir secara keseluruhan, termasuk dalam had masa yang diperuntukkan.

Namun, di sebalik keputusan itu, Exora REEV memenangi dua anugerah pada cabaran itu dengan memenangi kategori "Best Overall Extended Range" dan "Most Energy Efficient Multi-Purpose". Mungkin menjadi yang terakhir tidak semestinya bermakna semuanya sudah berakhir.

Tiada susulan selepas kejayaan

Cabaran "Future Car Challenge" telah diteruskan selama setahun lagi pada 2012 tetapi Proton tidak hadir untuk kali ketiga. Apa yang lebih menarik, Proton terus menghasilkan beberapa prototaip EV selama bertahun-tahun termasuk Preve REEV dan Iriz EV tetapi ini tidak pernah bertujuan untuk pengeluaran.

Baca: Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020!

Namun, usaha EV Harimau Malaysia akhirnya lenyap dan senyap sehingga tersebar berita bahawa ia melelong kenderaan prototaip dan konsep EV pada tahun 2020.

Keputusan untuk melelong sebahagian lipatan sejarah ini mungkin sedikit kontroversi tetapi perlu diingatkan bahawa dunia EV telah banyak berubah sejak Proton tampil dengan penyelesaian mereka. 

Teknologi dan jarak gerak EV moden jauh lebih baik berbanding dengan EV moden. Namun, Proton pernah menunjukkan kepada dunia bahawa ia mempunyai keupayaan untuk membangunkan kenderaan EV sendiri tetapi daripada mengembangkan projek itu, ia dibakulsampahkan dan diabaikan.

Saga EV, Exora REEV, dan Persona REEV pernah memperlihatkan masa depan Proton yang menjanjikan dan mengujakan pada waktu kemunculannya. Malangnya, satu-satunya bukti fizikal teknologi ini telah dijual dan ditambah dengan kehadiran rakan kongsi Geely yang bertanggungjawab, impian sebuah Proton EV perlu ditunda sedikit saja lagi.

Baca: Proton akan debut kereta elektrik EV sendiri menjelang 2027, ambil asas model Geely mana?

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model