Siapa tak sayang bini kan? Kalau dah mengandung, lagilah bertambah sayang. Baru-baru, tertular satu rakaman TikTok milik saudara @nabilothmancwl yang memperlihatkan betapa bahagianya isteri beliau apabila dapat menikmati nasi ayam kegemaran sewaktu zaman belajar mereka di UiTM Shah Alam.
Berdasarkan kisah beliau, isterinya yang sudah hamil 4 bulan itu sudah lama mengidam Nasi Ayam Seri Yasmin yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7. Walaupun menetap di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, beliau tetap mahu menunaikan hajat isteri tercinta dengan memandu sejauh 440 km ke restoran tersebut.
Mereka dengan dua orang anaknya bertolak pada jam 8.30 pagi dan sampai pada jam 3.30 petang tetapi menginap sementara di Setia Alam.
Dalam rakaman ini, isterinya yang sama-sama berumur 35 tahun nampak begitu teruja dan tidak dapat menahan perasaan betapa nikmatnya dapat makan nasi ayam itu sampai geleng kepala dibuatnya. Maklumlah, sudah 8 tahun kan? Ditambah pula dengan rasa yang masih sama, lagilah.
Menariknya, saudara yang bernama Wan Mohd Nabil ini hanya merakam untuk disimpan sebagai kenangan tetapi tidak sangka pula ia akan tular sebegini hebat.
Apapun, kita yang melihat ini juga pasti rasa ingin bahagiakan orang-orang yang tersayang. Jadi, apa pula kisah perjuangan anda?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}