Pada sidang parlimen hari ini, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan projek kereta terbang masih dalam landasan untuk direalisasikan. Namun begitu, perancangan tersebut ditangguhkan sementara bagi memberi lebih perhatian kepada industri yang terkesan dengan Covid-19.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga menjelaskan bahawa "kereta terbang" adalah istilah yang agak meluas. Oleh itu, konteks yang tepat dan istilah yang tepat adalah "mobiliti udara".
Projek ‘Kereta terbang’ adalah ciptaan bersama syarikat tempatan dan China hanyalah sebuah Super Dron yang boleh membawa penumpang dengan bantuan teknologi AI. Projek itu didanai oleh syarikat swasta dan langsung tidak meminta dana kerajaan.
Hanya bantuan seperti infrastruktur dan pengesahan dari segi undang-undang sahaja yang diminta oleh syarikat tersebut kepada pihak kerajaan. Namun begitu, pengumuman dan penggunaan terma yang tidak sesuai memberikan tanggapan yang salah terhadap umum.
Menurut laporan Berita Harian, syarikat tempatan, East Cap Berhad melakukan usaha sama dengan dua syarikat dari China iaitu E Hang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited untuk menghasilkan ‘kereta terbang’ itu. Di bawah ini adalah Super Dron yang dihasilkan oleh syarikat E Hang.
Sumber: The Star, Berita Harian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}