Sejumlah 22 motosikal roda tiga yang digunakan warga asing etnik Rohingya dikenakan tindakan sita oleh polis susulan Operasi Khas Motosikal Roda Tiga yang dijalankan di Johor Bahru, baru-baru ini.
Selain tindakan sita, polis turut mengeluarkan sebanyak 54 saman terhadap penunggang motosikal terbabit atas pelbagai kesalahan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Polis Daerah Johor Bahru Utara, tindakan sita dan saman yang dijalankan adalah mengikut kesalahan seperti berikut:
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata ketika pemantauan dibuat, pihaknya mendapati penunggang motosikal ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula.
Menurutnya, selain menunggang secara bahaya, ia turut mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Berdasarkan imej yang dikongsikan Polis Daerah Johor Bahru Utara, rata-rata motosikal yang digunakan adalah jenis Honda iaitu Honda EX-5.
Sementara itu, polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}