Kawasaki Ninja 250 ABS/Non ABS, Z250 ABS dan Vulcan S menjadi empat model pemasangan tempatan (CKD) yang dijadual dilancarkan oleh pengurusan baharu Kawasaki Malaysia pada tahun ini.
Menariknya, fasa pengeluaran untuk dua daripada model berkenaan iaitu Kawasaki Ninja 250 ABS dan Z250 ABS sudah pun berjalan di kilang pemasangan Modenas di Gurun, Kedah dengan pelancaran rasminya dijangka berlangsung hujung Julai atau awal Ogos depan.
Selain empat model CKD yang disebutkan, Kawasaki Malaysia turut dijadual melancarkan empat model import sepenuhnya (CBU) pada tahun ini. Model berkenaan adalah Kawasaki Ninja 1000SX, Versys 1000SE, ZX-10R dan Z900RS.
Perkembangan menarik itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan ketika sesi soal jawab selepas lawatan media ke kilang pemasangan Modenas di Gurun, semalam.
Dalam lawatan berkenaan, Modenas turut menayangkan kepada pihak media fasiliti pemasangan serba canggih Kawasaki yang dibina di Gurun dengan proses pemasangan Ninja 250 ABS dan Z250 ABS sedang rancak berjalan.
Seperti sedia maklum, Modenas menerusi Edaran Modenas Sdn Bhd (Emos) dilantik sebagai pengedar eksklusif motosikal Kawasaki di Malaysia menggantikan KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB).
Untuk empat model CBU yang bakal dilancarkan tahun ini, Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi berkata kesemua model itu dipilih selepas pemerhatian yang dibuatnya terhadap kecenderungan pasaran di Malaysia.
Dan menariknya, Kawasaki Malaysia turut merancang untuk melancarkan lebih banyak model pada tahun depan termasuk yang dinanti-nantikan, Kawasaki ZX-25R serta model hypersport, Kawasaki H2R dan Z H2.
Sekalipun jenama Kawasaki diletakkan dalam kategori 'leisure' oleh Modenas, model-model CKD begitupun dijangka dapat dijual pada harga yang cukup kompetitif hasil kerjasama Modenas dan Kawasaki.
Sebagai info, turut menyertai sesi berkenaan adalah Ketua Pegawai Kewangan Modenas, Alan Taslim, Ketua Pegawai Pengeluaran Modenas, Masahiro Aihara, Ketua Bahagian Pemasaran & Komunikasi Korporat Modenas, Nur Balkish Hood dan Timbalan Pengurus Besar Modenas, Yusmey Mohd Yusoff.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}