Trafik di Kuala Lumpur sekarang ini nampaknya telah meningkat 45% sejak SOP Covid-19 dilonggarkan pada tahun lalu. Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan juga, sebanyak 46.76 juta kenderaan telah dicatatkan pada Disember 2021, berbanding 26.51 juta pada Disember 2019.
Juga baca: "Pelik bin ajaib" - Kenapa jalan raya semakin sesak luar biasa pasca-PKP?
Secara teori, antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas adalah kemalangan, pembinaan, jalan mendap, lencongan jalan, kerosakan lampu israyat dan penutupan jalan.
Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membentuk satu kumpulan yang dikenal sebagai Pasukan Task Force Kesesakan Jalan Raya.
Untuk penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang, pasukan task force ini akan melarang kenderaan parkir di bahu jalan semasa waktu puncak. Dalam masa yang sama, mereka akan membatalkan kemudahan petak parkir di jalan-jalan utama secara berperingkat.
Selain itu, larangan menjaja di bahu jalan semasa waktu puncak juga akan dikuat kuasa. Malah, petak penjaja di bahu jalan-jalan utama juga akan dibatalkan.
Di samping itu, papan tanda berkaitan lalu lintas, peraturan keselamatan jalan raya serta larangan kenderaan berhenti di persimpangan petak kuning juga akan ditambah baik.
Untuk makluman anda, Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) dalam keratan akhirnya juga berkata bahawa mereka sedang meneliti sistem lampu isyarat selari agar pergerakan trafik di Kuala Lumpur menjadi lebih lancar.
Juga baca: Kesesakan trafik di KL makin teruk, DBKL sedang kaji sistem lampu isyarat 'segerak'
Jadi, sama-samalah kita nanti keberkesanan inisiatif yang kerajaan sedang usahakan ini.
Sumber: Awani
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}