Lorong kiri dan juga lorong kecemasan antara Tapah ke Bidor di Lebuhraya PLUS nampaknya akan ditutup 5 hari iaitu bermula 27 Jun - 1 Julai 2022.
Menurut Plus Malaysia Berhad, penutupan sementara ini dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan.
Apapun, pengunaan laluan kecemasan akan dibenarkan secara berkala, bergantung pada keperluan semasa. Oleh yang demikian pengguna dinasihatkan supaya peka dengan papan tanda dan arahan di kawasan terbabit.
Dalam masa yang sama, pengguna yang hendak menghala ke selatan dinasihatkan agar merancang perjalanan supaya kesesakan dapat dikurangkan sebaik mungkin. Anda juga boleh guna aplikasi PLUS ataupun Waze untuk mendapatkan maklumat trafik yang tepat ketika itu.]
Sumber: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}