Gaya adalah segala-galanya. Disebabkan itulah ada yang sanggup 'menaik taraf' kereta biasa untuk kelihatan bergaya seperti Honda Civic biasa kepada Type R atau Mercedes-Benz biasa kepada AMG.
Namun rupa-rupanya ada yang terlupa bahawa reputasi hadir dengan gaya perlu dibayar. Hal ini jelas apabila rakaman mengenai sebuah Honda Civic Tipu R 'Type R' yang menerima kecaman hebat di media sosial kerana tidak mampu membayar tol.
Rakaman yang dimuat naik oleh Aderen Lim di Facebook tersebut ketika ini telah mendapat sehingga ribuan tontonan, ratusan perkongsian dan komen.
Dalam rakaman tersebut, sebuah Honda Civic 'Type R' dilihat tersangkut di laluan Touch n' Go sebuah plaza tol untuk beberapa saat.
Walaubagaimanapun, seorang pengguna jalan raya lain yang berhati murni dilihat telah keluar dari kenderaannya untuk membayar tol bagi pihak pemandu Honda Civic tersebut.
Menurut Aderan melalui kapsyen videonya, pengguna jalan raya yang berhati murni tersebut hanya memandu Perodua Kelisa.
Kegagalan kad Touch n' Go dibaca mungkin merupakan antara masalah pemandu Honda Civic 'Type R' tersebut namun setiap penguna jalan raya di Malaysia mempunyai cip TnG pada MyKad mereka. Oleh itu, pastikan bahawa MyKad anda mempunyai baki minimum supaya situasi seperti ini dapat diselesaikan dengan mudah.
Ingatlah bahawa jika anda mahu membawa imej tertentu, anda mestilah mampu 'membayar' untuk reputasi tersebut. Jika tidak mampu, ikuti saranan berjimat oleh pengarah KPDNHEP Melaka baru-baru ini.
Baca: Video: Myvi buat hal lagi, rempuh palang tol sebab 'bengang' dengan RFiD!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}