Sebuah Nissan Skyline R32 yang dihias dengan pelekat dan logo menyerupai kereta MPV Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dirampas dan pemiliknya ditahan polis pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sepang menahan pemilik kenderaan berkenaan pada kira-kira jam 10.30 malam semalam susulan kereta berkenaan ditayang di pameran Art of Speed 2022 di MAEPS Serdang.
Foto kenderaan itu juga dikongsikan di Facebook, mempromosikan kehadirannya di acara tersebut. Difahamkan, pemilik Skyline R32 itu adalah seorang pengusaha kedai aksesori kereta yang berusia 45 tahun.
Wan Kamarul berkata siasatan dijalankan setelah satu laporan polis diterima berhubung kenderaan berkenaan yang menyerupai kereta polis. Turut dirampas ialah kunci kereta dan slip kemasukan pameran auto tersebut.
Siasatan kes ini dijalankan dibawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 atas kesalahan memiliki dan membuat secara haram peralatan-peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis tanpa kebenaran. Hukuman denda maksimum RM 500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dijatuhkan jika didapati bersalah.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}