Suzuki secara rasmi meninggalkan kancah berprestij Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada penghujung musim 2022 susulan persetujuan yang dicapai bersama pengelola perlumbaan, Dorna.
Selain MotoGP, syarikat berpangkalan di Hamamatsu Jepun itu turut menamatkan penyertaannya di Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) disebalik kejayaan yang dicapai, baru-baru ini.
Juga baca: 2 gergasi MotoGP, Yamaha, Suzuki lancar jentera 2022 sempena ujian di Sepang!
Suzuki dalam kenyataan berkata: "Suzuki Motor Corporation dan Dorna mencapai persetujuan untuk menamatkan penyertaan Suzuki di MotoGP pada penghujung musim 2022.
"Suzuki juga akan menamatkan penyertaan pasukan utama (disokong pengeluar) di EWC pada penghujung musim 2022. Kami akan meneruskan perlumbaan bagi musim 2022 di MotoGP dan EWC, mengekalkan usaha kami sehabis mungkin untuk memenangi baki perlumbaan.
"Kami menyasarkan untuk terus menyokong aktiviti perlumbaan pelanggan kami menerusi rangkaian pengedar global kami."
Suzuki dalam pada itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminatnya yang berterusan memberikan sokongan terhadap aktiviti perlumbaan membabitkan jenama berkenaan.
Menyatakan keputusan meninggalkan MotoGP disebabkan oleh kekangan kewangan, penarikan diri Suzuki dalam kancah itu adalah kali kedua dalam tempoh sedekad dengan pasukan itu baru saja memenangi kejuaraan dunia menerusi Joan Mir pada musim 2020.
Juga baca: Suzuki tinggalkan MotoGP berakhir musim 2022? Dorna beri amaran
Sedikit melegakan juga adalah kedua-dua pelumba pasukan itu dikatakan hampir mempunyai destinasi untuk musim depan dengan Mir dan Alex Rin dikhabarkan akan menyertai satu lagi pasukan Jepun, Honda.
Tetapi selepas baru saja menandatangani kontrak baharu bersama MotoGP sehingga 2026, Suzuki dijangka bakal dikenakan penalti kerana melanggar terma kontrak dengan perbincangan mengenainya dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum diselesaikan.
Sumber imej: FB Suzuki Ecstar
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}